RSS

Kerja Kursus P.A Tingkatan 5 – 2012 (April-Mei) UPDATE 28 MEI 2012

26 Mac

PERHATIAN: Sebelum mengemukakan soalan, sila luangkan masa membaca dulu panduan muat turun PDF yang disediakan.

Bahan-bahan Kerja Kursus Tingkatan 5, 2012 yang boleh dimuat turun:

____________________________________________________________________________________________

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Langkah (sehingga pelarasan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Terperinci Pelarasan

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Pelarasan (Contoh Kesilapan) Contoh kesilapan pelajar dengan mengambil contoh item Belanja Terakru.

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Pindah Catat Pelarasan ke Lejar

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Panduan Penyediaan Akaun Kawalan (NOTA: Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang, TIDAK termasuk Auto Motors Sdn Bhd kerana ianya BUKAN pemiutang dagangan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Penyediaan Belanjawan tunai

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Cadangan meningkatkan prestasi perniagaan

__________________________________________________________________________________________

Muat Turun Word: Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan

Muat Turun Word: Format Lejar & I.Duga (sblm pelarasan) – Word 2003 (Format Lejar dan Imbangan Duga untuk jawapan bahagian C dan D)

Muat Turun Word: Senarai Semak Kod Lejar (untuk kod LA, LB dan LJ kesemua lejar)

Muat Turun Word: Format Jurnal Am Kosong Untuk Pelarasan

Muat Turun Word: Format Lejar Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in sahaja butiran lejar pelarasan)

Muat Turun Word: Format Buku Tunai Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in butiran Buku Tunai pelarasan)

Muat Turun Excel: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Format Penyata Kewangan (Format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira)

Muat Turun Excel: Tafsiran dan Analisis Nisbah (updated) (format Excel utk pelajar key-in nilai ke dalam rumus yang telah disediakan. Masukkan nilai-nilai dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ke dalam ruang berwarna merah dan biru di dalam dokumen Excel tersebut. Pengiraan akan dijana sendiri)

Sesiapa yg ada masalah dengan file di atas, muat turun file yang sama format Excel 97-2003 di sini: Tafsiran dan Analisis Nisbah (Excel 97-2003) updated

Muat Turun Excel: Format Belanjawan Tunai (pelajar perlu masukkan butiran dan amaun sahaja)

___________________________________________________________________________________________

Nota Tambahan:

1. Jawapan Imbangan Duga (sebelum pelarasan) ialah RM 387 815.

Panduan untuk pelarasan:

Maklumat Tambahan:

1. Stok akhir hendaklah diambil nilai yang terendah.

2. Perhatikan terdapat dua buah kenderaan, sebuah adalah kenderaan yang telah dibawa masuk pada 1 April 2008 (RM30000) sebagai modal dan sebuah lagi kenderaan yang baru dibeli pada 1 April 2012 (RM45000). Kedua-dua buah kenderaan disusutnilaikan mengikut kaedah ansuran tetap (garis lurus). Kadar susut nilai (SN) tidak dinyatakan, jadi pelajar perlu mencari kadar yang telah digunakan daripada maklumat kenderaan lama.

Kos kenderaan lama RM30000 dan susut nilai terkumpul RM24000. Kenderaan telah digunakan selama 4 tahun. Jadi, berapakah kadar SN kenderaan?

Bagi perabot pula, telah dinyatakan kadar SN dan kaedahnya (baki berkurangan). Jadi jawapan pelarasan SN perabot semua pelajar sepatutnya adalah sama.

3. Kenderaan lama (RM30000) telah dijual pada 30 April 2012. Jadi pelajar perlu mengira untung atau rugi pelupusan aset. Sila rujuk semula catatan jurnal yang perlu untuk merekod proses pelupusan aset. Langkah-langkah pelupusan:

a) Akaun lejar kenderaan asal perlu ditutup. (dt. pelupusan kenderaan, kt. Kenderaan)

b) Kira susut nilai terkumpul kenderaan yang dijual sehingga ke tarikh jualan. Akaun SNT yg berkenaan perlu ditutup. (dt. SNT kenderaan, kt. Pelupusan kenderaan).

c) rekod terimaan tunai daripada jualan kenderaan. (dt. bank/tunai, kt. Pelupusan kenderaan)

d) kira untung atau rugi pelupusan kenderaan. Tips: Untung pelupusan RM9500

4. Seorang penghutang diisytiharkan muflis. Kenalpasti penghutang manakah yang perlu dihapuskira. (tips: penghutang yang dihapuskira telah tiada sebarang urusniaga dalam bulan April 2012). (dt. Hutang lapuk, kt. Penghutang <nama>)

5. Peruntukan hutang ragu boleh pilih kadar yang bersesuaian. Kira terlebih dahulu nilai penghutang bersih (baki semua penghutang – penghutang dihapus kira). Sebagai contoh, jika pilih 1% PHR, akan berlaku penurunan PHR. Jika memilih 2% keatas PHR, akan berlaku penambahan PHR.

6, 7. Dua item belanja terakru dan satu item belanja terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian kredit Buku Tunai. Item yang bersesuaian untuk pelarasan belanja terakru terdahulu mungkin terdiri daripada pengiklanan, belanja am, insurans dan kadar bayaran.

8. Satu item hasil terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian debit Buku Tunai untuk mengenalpasti item hasil yang sesuai. Item yang sesuai ialah komisen diterima terdahulu.

Post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kemaskini terkini 17.5.2012

About these ads
 
167 Komen

Posted by di Mac 26, 2012 in Kerja Kursus Prinsip Perakaunan

 

167 Responses to Kerja Kursus P.A Tingkatan 5 – 2012 (April-Mei) UPDATE 28 MEI 2012

  1. xuan

    Mac 31, 2012 at 3:23 am

    bagaimana nak buat kerja khusus ni ??

     
    • Mhd Azlan

      April 3, 2012 at 1:42 pm

      cuba rujuk panduan yg disediakan, harap dapat membantu

       
      • Pinky

        Mei 5, 2012 at 3:50 pm

        eemmmm, tq…..panduan ttg belanjawan tunai ni memang membantu saya utk menyiapkan projek sebelum exam…………cadangan & rumusan dalam m/s berbeza ke?

         
      • Mhd Azlan

        Mei 11, 2012 at 12:57 pm

        ye berbeza… dua tajuk yang berlainan

         
  2. geetha

    April 3, 2012 at 1:07 pm

    cikgu,saya ingin tahu apakah peratus yang perlu dinyatakan bagi susutnilai kenderaan??adakah jawapannya 15% ke?

     
    • Mhd Azlan

      April 3, 2012 at 1:37 pm

      20% daripada pengiraan bedasarkan SNT kenderaan pada 1 April 2012.

       
  3. T.Y.M

    April 4, 2012 at 1:25 pm

    adakah nombor 3, buka 4 akaun? iaitu, kenderaan, susut nilat terkumpul kenderaan, pelupusan kenderaan, dan untung atau rugi bagi tahun berakhir 30 april 2012?

     
    • Mhd Azlan

      April 6, 2012 at 3:09 am

      utk sambung catatan pelarasan, akaun kenderaan dan SNT kenderaan, kita buka semula, dan catat baki b/b akhir 30 April sahaja. kemudian sambung pindah catat jurnal pelarasan. Akaun Pulupusan, mmg kena buka baru sbb belum ada lg. Lagi satu akaun ialah Akaun Untung Atas Pelupusan Kenderaan.

       
  4. acbookoo

    April 4, 2012 at 1:48 pm

    info ini sgt berguna kepada saya…tq so much…kalau saya ajukan beberapa soalan..boleh ke?

     
  5. muhamad rizal ismal

    April 4, 2012 at 11:16 pm

    terima kasih atas pertolongan cikgu

     
  6. Hasniey

    April 5, 2012 at 5:48 am

    Assalamualaikum cikgu.. sy da soalan, n sy tak brp faham bhgian SNT kenderaan tu..Lps dpt kadar SN , cra pngiraan nya mcm mn ekk…

     
    • Mhd Azlan

      April 6, 2012 at 3:10 am

      bahan pelarasan akan saya siapkan… tunggu…

       
  7. mina

    April 5, 2012 at 7:13 am

    Cikgu, bahagian C kita perlu mengambil kira susut nilai/peruntukan hutang ragu dalam lejar kah?
    saya telah coonfused

     
  8. T.Y.M

    April 5, 2012 at 1:10 pm

    betulkah penghutang bersih cari dari jurnal jualan?

     
  9. Lala

    April 6, 2012 at 7:34 am

    Cikgu..
    Bagaimana catat pertambahan PHR di jurnal am?

     
    • Mhd Azlan

      April 6, 2012 at 9:21 am

      dt hutang ragu
      kt per. hutang ragu

       
      • Lala

        April 7, 2012 at 9:55 am

        Stok akhir perlu masuk ke imbangan duga?? Tarikh imbangan duga ialah 1 Mei 2012??

         
      • Mhd Azlan

        April 7, 2012 at 12:33 pm

        stok akhir hanya dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira. tarikh i.duga tetap 30 April

         
      • Lala

        April 8, 2012 at 3:31 pm

        Cikgu.. kenapa tarikh i. Duga bukan 1 Mei 2012?? Baki h/b is sebelah kredit Dan tarikh Baki h/b ialah 30 April 2012.. Sorry cikgu krn sy sngt blur..

         
      • Mhd Azlan

        April 9, 2012 at 5:11 am

        mmg bila kita imbang lejar, kita akan tulis 30 April tu baki h/b, dan pindah ke Baki b/b pada 1 Mei. tapi I.duga kita sediakan pada 30 April. Bila kita buat lejar pelarasan pun, walaupun lejar tadi kita dah letak 1 Mei baki b/b, kita tulis semula 30 April pada catatan pelarasan, sbb pelarasan dibuat pada 30 April.

         
  10. Gint

    April 6, 2012 at 8:39 am

    Cikgu, adakah saya perlu membuat jurnal dan lejar untuk stok dalam pelarasan?

     
    • Mhd Azlan

      April 6, 2012 at 9:21 am

      ya, perlu utk pindahkan stok ke akaun perdagangan

       
  11. liana

    April 6, 2012 at 1:38 pm

    bagi SNT kenderaan sy dah dpt jawapan…masalahnya untuk SNT perabot, adakah jawapannya ada sen…?

     
  12. Crystalwu

    April 6, 2012 at 3:44 pm

    untuk 3(e) and 3(f) … buka lejar dan imbangan yang baru atau terus masuk lejar dan imbangan duga yang telah buka ?

     
  13. khadijah

    April 7, 2012 at 1:46 am

    terima kasih . ianya sgt membantu . =)

     
  14. Dayah

    April 7, 2012 at 3:48 am

    Cikgu kalau nak buat lejar am,nak ambil harga tu semua dari buku tunai atau jurnal am?

     
    • Mhd Azlan

      April 7, 2012 at 12:34 pm

      pindah catat semua urusniaga dari jurnal2 dan buku tunai

       
  15. hana

    April 7, 2012 at 1:40 pm

    cikgu..terima kasih sgt2 atas bantuan..:)

     
  16. Ming Wei

    April 7, 2012 at 4:07 pm

    Salam Sejahtera cikgu… saya tidak faham tentang soalan yang cakap… ada folio tingkatan 5 yang tahun lepas untuk rujukan….
    Sekian terima kasih

     
    • Mhd Azlan

      April 8, 2012 at 11:07 am

      hmm… mgkin Ming boleh rujuk dgn guru subjek, minta tgk hasil kerja kursus pelajar tahun lepas.

       
      • Ming Wei

        April 8, 2012 at 12:29 pm

        terima kasih cikgu… saya akan try untuk ikut panduan cikgu….
        kerana tahun lepas punya folio bukan sangat memuaskan hati…
        Sekian terima kasih…

         
      • Mhd Azlan

        April 8, 2012 at 3:14 pm

        sama2. saya akan sediakan lebih rujukan bila berkesempatan

         
  17. Mina

    April 8, 2012 at 2:45 am

    Cikgu boleh tak bagi 1 contoh nak buat lejer am?

     
  18. syira

    April 8, 2012 at 9:03 am

    terima kasih..banyak sangat membantu..:)

     
  19. Dayanah Mansor

    April 8, 2012 at 9:19 am

    trima ksih , sgt brguna .. saya ada bbrpa masalah iaitu smua butir sudah saya poskan ke lejar dan seterusnya ke imbangan duga . tp masalahnya imbangan duga tak imbang walaupun sudah saya periksa hampir 4 kali

    p/s: imbangan duga sebelah kt betul dengan jwpn yg ckgu bagi di atas tapi sebelah dt salah . bezanya hampir 44 ribu lebih ?

     
    • Mhd Azlan

      April 8, 2012 at 11:05 am

      baki tunai dan bank dari buku tunai, cheq dah masuk ka dlm I.duga??

       
  20. ainun

    April 8, 2012 at 10:20 am

    thanks cikgu :)

     
  21. syanafiz

    April 9, 2012 at 11:58 am

    salam…cg sya x bpa fham le ttng snt 2..bleh x cg trangkan dgan lbih t’princi lg..??
    tima kc cg.. :)

     
    • Mhd Azlan

      April 11, 2012 at 3:25 am

      cikgu dah terang dalam muat turun pelarasan. sila baca ye

       
  22. nisa

    April 10, 2012 at 11:46 am

    salam..cikgu,saya dh siap buat smpai penyata pndapatn n kunci kira2..n lgkah strusnye kena kira nisbah..mcm mane nk kira erk?

     
    • Mhd Azlan

      April 11, 2012 at 3:28 am

      rujuk buku teks tajuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah (bab 15) utk rumus dan analisis tafsiran. angka semua ambil daripada PP dan KKK

       
  23. ryana

    April 10, 2012 at 1:29 pm

    saya baru je nak start buat folio ..dalam soalan ada mnyatakan bahawa saya dikehendaki membuat catatan dalam lejar ..apa maksud dia ye saya x paham la? catatan yang kena buat berdasarkan lampiran yang telah bagi ke? catatan ni untuk tahun 2012 ke atau 2011?

     
    • Mhd Azlan

      April 11, 2012 at 3:30 am

      ye, pindah catat jari jurnal dan buku tunai di lampiran utk april2012 sahaja.

       
  24. chin wei

    April 11, 2012 at 7:04 am

    hutang ragu harus dicatat di sebelah mana? adakah di penyata pendapatan ataupun di kunci kira-kira? jika di penyata pendapatan, di sebelah mana? jika di sebelah kunci kira-kira, di sebelah mana?

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:13 pm

      Hutang ragu bergantung kepada peratus yg kita pilih. jika hutang ragu meningkat, maka jadi belanja dalam PP. jika hutang ragu berkurang, jadi hasil dalam PP. dalam KKK, PHR (baru) kena tolak daripada penghutang

       
  25. chin wei

    April 11, 2012 at 7:19 am

    automotors harus dicatat di mana selepas pelarasan? di kunci kira-kira di sebelah mana? tolong……….

     
  26. wanie

    April 11, 2012 at 9:03 am

    minta maaf ckg saya masih x fhm bhgn kenderaan lah…blh terangkan dgn lbh lanjut x?

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:10 pm

      rujuk nota pelarasan yg disediakan

       
  27. Suen

    April 11, 2012 at 9:09 am

    kenapa tarikh buku tunai ialah 2011?,adakah itu baki bagi lejar ??

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:10 pm

      betulkan soalan menjadi 2012

       
  28. ryana

    April 11, 2012 at 9:52 am

    tetapi kat buku tunai tuh dia tulis tahun 2011? ke kertas yang saya dapat ni yang tersalah taip? sorry saya betul2 tak paham…

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:09 pm

      kesilapan soalan. betulkan menjadi 2012 ye dalam b.tunai

       
  29. shafiqbla

    April 11, 2012 at 11:27 am

    saya ada 1 soalan , kalau tengok dekat buku tunai (lampiran) butir sewa diterima sebelah debit . kenapa tarikh dia 31 April ? April bukan ada 30 je ke ? so bila buat lejar and etc . tarikh dia nak buat yg mana ? 31 ke 30 ?

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:09 pm

      ada kesilapan dalam soalan. betulkan tarikh menjadi 30 april

       
  30. Kim

    April 12, 2012 at 10:14 am

    boleh cikgu beri jawapan Imbangan Duga selepas pelarasan? TQ

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:08 pm

      jawapan setiap pelajar tidak sama. maaf.

       
  31. nisa

    April 12, 2012 at 10:17 am

    salam cikgu..thnks utk nisbah tue..sye dh siap buat..n then,kena buat belanjawan tunai..tajuk belanjawan tue nk ambik cm ne erk? belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir ______? n pastue smua item kena reka sndri ke?

     
  32. Akim

    April 12, 2012 at 1:37 pm

    salam cikgu, boleh cikgu berikan jawapan untuk imbangan duga terselaras. terima kasih.

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:07 pm

      imbangan duga terselaras, jawapan setiap pelajar tidak sama. semua bergantung kepada pelarasan yg pelajar buat.

       
  33. Hasniey

    April 13, 2012 at 8:32 am

    cikgu..
    Macam mana nak buat akaun kawalan..?

     
  34. diyang

    April 13, 2012 at 2:52 pm

    selamat sejahtera cikgu, projek ini ialah tahun ini ke?? dan markah akuan dalam spm berapa baru lulus?

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:06 pm

      ya, ini projek pelajar ting 5 tahun 2012. markah kerja kursus penuh ialah 20% (ting 4 + ting 5). jadi buatlah yg terbaik supaya bekalan markah ke SPM tinggi. markah ujian tinggal lagi 80% shj. peluang lulus mahupun dapat A sgt cerah

       
      • diyang

        April 27, 2012 at 8:49 am

        terima kashi cikgu.

         
  35. wanie

    April 14, 2012 at 6:55 am

    terima kasih cikgu…….. sye dah bnyk kali bt imbangan duga sebelum pelarasan kenapa sye x imbang peningnyerrr……. mohon bantuan cikgu

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 2:02 pm

      cuba tgk jumlah debit dan kredit, berapa perbezaan. kemudian, cuba tgk balik urusniaga dlm jurnal dan buku tunai, ada tak amaun yg sama dgn jumlah perbezaan i.duga td. mgkin ada pindah catat yg tertinggal.

       
  36. Nisa

    April 14, 2012 at 1:13 pm

    cikgu …
    “Usaha Jaya Trading” ni , pemiutang atau penghutang ? saya tak tau mcm mna nak msukkan kan dia dkt I.Duga . Terima Kasih :)

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 1:59 pm

      AB=LEH (persamaan perakaunan). Aset dan Belanja sebelah debit. Liabiliti, Ekuiti dan hasil sebelah kredit. Cuba tgk, baki Usaha Jaya ni sebelah debit atau kredit?

       
  37. Nisa

    April 14, 2012 at 1:45 pm

    Bank dan tunai yg nak msukkan dlm i.Duga tu , ambil yg dlm bku tunai ataupun jurnal am yg die dah bg ?

     
    • Mhd Azlan

      April 15, 2012 at 2:59 pm

      ambil baki b/b akhir dalam buku tunai, masukkan ja dlm i.duga (sblm pelarasan)

       
  38. zyana

    April 15, 2012 at 3:27 am

    cikgu..mcm mne nk buat imbangan duga trselaras?

     
    • Mhd Azlan

      April 15, 2012 at 2:59 pm

      lejar yang TERLIBAT dgn pelarasan, yana kena ambil baki akhir yang baru (pindah catat pelarasan dan imbangkan semula). lejar yang TIDAK terlibat dgn pelarasan, ambil balik baki akhir sedia ada dalam jawapan lejar (c). jadi imbangan duga terselaras, ada item ambil dari lejar asal, dan ada item ambil baki dari lejar pelarasan.

       
  39. muizphotographer

    April 15, 2012 at 8:09 am

    CIKGU TOLONG SAYA AJARKAN BUAT LEJAR , PLEAAASSE :(

     
    • Mhd Azlan

      April 15, 2012 at 3:02 pm

      cara pindah catat ada diterangkan dalam buku teks (ting 4, rujuk tajuk buku catatan pertama dan lejar). agak susah nak diterangkan di sini tanpa panduan grafik.

       
  40. Ming Wei

    April 15, 2012 at 10:19 pm

    Salam Sejahtera…
    cikgu… saya mau tanya tentang profil perniagaan…
    modal letak rm90000 kah?
    dan itu status perniagaan letak memulakan perniagaan?
    tetapi tempoh perakaunan dan rekod mamcam tak sesuai pakai status perniagaan yang memulakan perniagaan…
    harap tunjuk ajar…

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 1:51 pm

      ye modal letak jumlah rm90000 (tunai + kenderaan). status perniagaan: meneruskan perniagaan

       
  41. neysa anwar

    April 16, 2012 at 3:55 am

    cikgu, lepas dah siap buat pelarasan dalam jurnal dan lejar macam mana nak buat akaun kawalan?

     
    • Mhd Azlan

      April 16, 2012 at 1:53 pm

      kena rujuk semua lejar penghutang dan lejar pemiutang. akaun kawalan ni mcm rumusan lejar penghutang dan lejar pemiutang. contoh, baki awal (baki h/b) dalam akaun kawalan, kita jumlahkan dari lejar individu dan catat sekali sahaja dalam akaun kawalan. begitu juga item yg lain. mana item yg sama, jumlahkan dari semua lejar individu dan tulis sekali sahaja dlm akaun kawalan.

       
      • neysa anwar

        April 19, 2012 at 7:04 am

        cikgu saya tak faham macam mana nak buat lejar pelarasan ni. ada contoh tak cikgu?

         
  42. SYAFIKA

    April 17, 2012 at 7:30 am

    assalamuailaikum… cikgu sy nk tnye mcm mne nk buat catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar…kite kene ambik jumlah yg mane??

     
    • Mhd Azlan

      April 18, 2012 at 6:35 am

      rujuk panduan yg cikgu sediakan. yg terakru terdahulu, kita kena reka amaun yg logik

       
  43. thisismytofu

    April 17, 2012 at 8:38 am

    Cikgu, penyediaan Kunci Kira-kira untuk Aset Bukan Semasa kan ada susut nilai terkumpul spt SNT kenderaan dan perabot. Betulkah cara saya merekod butir-butir untuk ASB ini?

    Aset Bukan Semasa
    Kenderaan
    Tolak : Susut nilai terkumpul kenderaan
    Perabot
    Tolak : Susut nilai terkumpul perabot

     
  44. zahrah

    April 17, 2012 at 11:01 am

    assalamualaikum……cikgu mcm ner nak thu kadar susut nilai kenderaan lama????
    saya tahu…..cikgu bleh tlong terangkan?trima kasih

     
    • Mhd Azlan

      April 18, 2012 at 6:36 am

      20% kadar susut nilai kenderaan

       
  45. Mina

    April 17, 2012 at 12:37 pm

    Cikgu yg yang penghutang muflis tu nak ambil syarikat yg mana satu?

     
    • Mhd Azlan

      April 18, 2012 at 6:37 am

      tgk penghutang yang tak aktif

       
  46. hana

    April 18, 2012 at 1:38 am

    cikgu akaun ambilan baki b/b awal dia kena letak belah debit ke kredit?
    confiuz…

     
    • Mhd Azlan

      April 18, 2012 at 6:41 am

      ambilan adalah kontra kepada ekuiti pemilik, jadi baki sebelah debit

       
  47. mizafatin

    April 18, 2012 at 12:54 pm

    salam ckgu… saya dah sampai penyata pendapatan tapi p.p saya tak imbang saya tak tau mana yang silap… harap ckgu boleh tolong….

     
  48. W.n

    April 19, 2012 at 6:11 am

    cikgu, akaun kawalan macam mana buat? baki b/b cari dari mana? deposit kadar bayaran adakah aset semasa? samakah dengan kadar bayaran?

     
    • Mhd Azlan

      April 20, 2012 at 2:26 am

      deposit kadar bayaran, aset semasa

       
  49. SYAFIKA

    April 20, 2012 at 7:15 am

    cgu untung atas pelupusan kenderaan nk letk kt kunci k3 ke kt penyata

     
  50. mizafatin

    April 20, 2012 at 12:27 pm

    dari mana nak dapat baki b/b untuk akaun kawalan ????

     
  51. Mina

    April 20, 2012 at 1:46 pm

    Selepas buat jurnal am,macam mana nak buat lejar pelarasan?

     
  52. NHIRRMAL

    April 21, 2012 at 3:08 am

    RIBUAN TERIMA KASIH KPD CIKGU YANG SUDI MENOLONG KAMI SEMUA DENGAN MENYEDIAKAN BAHAN BAHAN FOLIO PRINSIP AKAUN
    !!!!!!!!!!!!!!!!!!

     
  53. izzat ashman

    April 22, 2012 at 7:22 am

    terima kasih cikgu

     
  54. han

    April 22, 2012 at 12:27 pm

    salam cikgu. Saya nak tanya knapa sewa diterima di sebelah debit jurnal am??

     
    • Mhd Azlan

      April 22, 2012 at 4:28 pm

      yang tu sewa diterima terakru, jadi bersifat aset (dt)

       
      • han

        April 24, 2012 at 9:57 am

        terima kasih :)

         
  55. Drago

    April 22, 2012 at 5:09 pm

    TERIMA KASIH BANYAK BANYAK CIKGU !! Akhirnya saya sudah siap sehingga bahagian ( j ) .. sekarang cuma tinggal sikit sahaja lagi..

     
  56. Drago

    April 22, 2012 at 5:33 pm

    Cikgu, bagi Profil Perniagaan ..bila tempoh rekodnya ? 1 April – Mei 1 ?

     
  57. W.n

    April 23, 2012 at 3:53 am

    cikgu, hendaklah buat buku tunai?

     
  58. W.n

    April 23, 2012 at 5:35 am

    saya tak faham jualan tunai dan kutipan dari penghutang macam mana kira?

     
  59. tinG-tonG

    April 23, 2012 at 12:49 pm

    terbaek larh ckgu ~ terime kasey sgt2 :)

     
  60. zahrah

    April 23, 2012 at 3:42 pm

    cikgu dlm lejer akaun bank n akaun tunai perlu bukak k?pas2 dlm akaun kendraan nk letak hrga brpe ckgu???sya klirulh

     
  61. Dayah

    April 24, 2012 at 9:25 am

    Cikgu macam mana nak buat cadangan dan rumusan?

     
  62. wanie

    April 24, 2012 at 12:26 pm

    terima kasih atas bantuan cikgu hari itu.. imbngan duga dah imbang cuma sye x paham mcm mana nk bt pelarasan.. sye dah guna pelarasan yg cikgu bge cuma sye kurang faham???

     
  63. zahrah

    April 25, 2012 at 1:08 pm

    stok akhir nak ambil kt ner???sapa leh tlong???brpe hrga stok akhir…..arap dptlh bntu sya…

     
  64. neysa anwar

    April 26, 2012 at 2:59 am

    cikgu saya tak faham macam mana nak buat lejar pelarasan tapi jurnal saya dah siap kan.

     
  65. ainun

    April 26, 2012 at 3:14 pm

    cikgu,terima kasih sangat2,, :)

     
  66. mina

    Mei 2, 2012 at 12:02 pm

    Teacher, how to do the rumusan part? like form 4 one just write out konsep perakaunan or what?

     
    • Mhd Azlan

      Mei 5, 2012 at 1:57 pm

      yes, similar to form 4 assingment

       
  67. tw

    Mei 3, 2012 at 6:28 am

    pemiuntang auto motor letak liabiliti semasa(pemiuntang) / liabiliti bukan semasa?

    peruntukan hutang ragu diselaras ke baki penghutang bersih maksud debit ke dlm akaun penghutang ?

    untung pelupusan kenderaan(name butir betul ?) letak ke hasil penyata pendapatan ?

     
    • Mhd Azlan

      Mei 11, 2012 at 1:01 pm

      1.Auto motor letak di liab bukan semasa, sebab hutang tu lebih setahun.
      2.phr kena tolak dari penghutang dlm kunci kira2
      3.betul nama tu, ye hasil dlm PP

       
  68. faez

    Mei 5, 2012 at 3:55 am

    thanx…jasamu dikenang!!!

     
  69. SYAFIKA

    Mei 6, 2012 at 5:40 am

    tq cikgu kunci k3 sy dh seimbang sy hepy sngat…tapi belanjawan je saya xthu nk wt mcm mne??

     
  70. Fadzilla Hanim

    Mei 6, 2012 at 12:14 pm

    cikgu…sy mmpunyai masalh berikut…..
    1. imbangan duga terselaras x seimbang….
    2.kunci kira-kira x seimbg….
    3.belanjawan tunai sy x phm nk wat cm ne?
    p/s sy menghrpkn bntuan dr cikgu utk membantu sy…

     
    • Mhd Azlan

      Mei 11, 2012 at 12:59 pm

      semak semula semua lejar yang disediakan. pastikan pengiraan baki akhir betul dan berada di sebelah yg betul. Kemudian kira semua item dlm imbangan duga terselaras (debit 28 item dan kredit 17 item kalau cikgu tak silap). Bila Imbangan duga terselaras dah seimbang, baru kunci kira2 akan seimbang.

       
  71. tinG-tonG

    Mei 13, 2012 at 6:12 am

    cikgu , saya ade masalah nie..imbgn duge terselaras saye sudh imbg dah cantek dah..tpi kunci-kire2 saye x imbg , kurg rm150 di belah debit..mcm mane nie ? :(

     
    • Mhd Azlan

      Mei 13, 2012 at 6:14 am

      semak item2 satu persatu, kot-kot ada salah pindah angka, ataupun salah kategori, contohnya item aset terletak dalam liabiliti. ini akan menyebabkan tak seimbang KKK.

       
    • Ng jo-yi

      Mei 30, 2012 at 12:40 pm

      helo

       
  72. Yuki

    Mei 14, 2012 at 3:45 am

    teacher do we need to open a stok akhir akaun for pelarasan lejar?

     
  73. Najihah Fatihah

    Mei 18, 2012 at 12:45 pm

    terima kasih cg!! format belanjawan bnyk membantu sy….minggu ni minggu terakhir untk hntr projek…waktu kecemasan…satu je lg xsiap ni…cadangan untk meningkatkn prestasi ^___^

     
  74. Najihah Fatihah

    Mei 18, 2012 at 12:50 pm

    untuk belanjawan ni xperlu buat catatan ke??

     
    • Mhd Azlan

      Mei 18, 2012 at 3:49 pm

      perlu senaraikan andaian belanjawan yg dibuat

       
  75. lightrose95

    Mei 18, 2012 at 2:24 pm

    Cikgu, baki awal dalam belanjawan tunai ke reka sendiri ke? jualan tunai?

     
  76. lim

    Mei 19, 2012 at 4:02 am

    Selamat sejahtera..Cikgu saya nak tanya tentang modal yang dalam imbangan duga terselaras…
    modal itu perlu tolak dengan RM30000 (pelupusan kenderaan)?….

     
  77. siti

    Mei 19, 2012 at 7:52 am

    cikgu, macam mana nak buat belanjawan dan jawapannya berdasarkan apa? ada dalam kkk @ penyata pendapatan?

     
    • Mhd Azlan

      Mei 19, 2012 at 3:27 pm

      reka ikut logik amaunnya.

       
  78. Anum Suraya Mohd Azam

    Mei 19, 2012 at 8:24 am

    cikgu, contoh rumusan takde ke?

     
    • Mhd Azlan

      Mei 19, 2012 at 3:28 pm

      mcm yg form 4 thn lepas ja…

       
  79. tan

    Mei 21, 2012 at 4:49 am

    cikgu saya nak tanya akaun stok dan akaun perdagangan nak buka jurnal am
    de akaun stok RM52800
    kt akaun perdagangan RM 52680
    betul ke salah???

     
    • Mhd Azlan

      Mei 28, 2012 at 8:13 am

      saya tak suruh student saya buat catatan ni. ikut cikgu yg mengajar Tan, apa katanya?

       
  80. lightrose95

    Mei 23, 2012 at 1:57 pm

    cikgu, dalam belanjawan tunai; kalau harga insurans dan pengiklanan. da lain sbb da buat pelarasan. nk gune harga dlm imbangan duga terselaras ke?

     
  81. lai

    Mei 24, 2012 at 11:46 am

    cikgu saya nak tanya
    1. dalam profil perniagaan ,status perniagaan ialah memulakan perniagaan ?
    2.pengenalan perniagaan tarikh ialah 1 April 2008 ?
    3.itu belanjawan tunai cikgu saya cakap tukar %setahun,ke sebulan .Kalau tukar macam mana
    kira?

    boleh mindah tolong cikgu

     
    • Mhd Azlan

      Mei 28, 2012 at 8:11 am

      1.status: meneruskan perniagaan
      2. ye
      3. kira mcm biasa ja. letak angka oktober. so utk nov, berdasarkan angka oktober. yg disember, berdasarkan angka november

       
  82. nisa

    Mei 24, 2012 at 11:52 am

    thnks ckgu..sy nyer dh siap…:)

     
  83. muhammad

    Mei 25, 2012 at 4:38 pm

    cikgu,blh tlong bagi pass saya nak edit penyata kewangan..saya punya hutang ragu hasil bukan belanja..

     
  84. Nurul Aisyah

    Mei 27, 2012 at 7:18 am

    terima kasih cikgu.. ;)

     
  85. husna

    Mei 28, 2012 at 7:36 am

    cg. adakah kita perlu tolak hutang lapuk dari penghutang di kkk?

     
    • Mhd Azlan

      Mei 28, 2012 at 8:05 am

      ye, kena tolak rm1500 utk dptkan penghutang bersih. kemudian baru kita phragu.

       
  86. Ng jo-yi

    Mei 28, 2012 at 8:28 am

    cikgu,Deposit kadar bayaran nak masuk ke ak mana penyata pendapatan ataupun kunci kira-kira

     
  87. NFJ (@tyka_joe)

    Mei 28, 2012 at 8:31 am

    assalamualaikum cikgu ~ mcm mana nak buat pengenalan perniagaan ?? adakah sama dgn kerja kursus tingkatan 4 tahun lepas ??

     
    • Mhd Azlan

      Mei 28, 2012 at 9:51 am

      ye lebih kurang sama. cuma ubahsuai ikut soalan thn ini.

       
  88. lai

    Mei 28, 2012 at 10:22 am

    thk ^^

     
  89. Ng jo-yi

    Mei 28, 2012 at 4:05 pm

    cikgu ,derma nak masuk ke mana

     
  90. Ng jo-yi

    Mei 29, 2012 at 2:25 pm

    cikgu saya nak tanya tenteng peruntukan hutang ragu adakah ialah RM1165 ,bagaimana pula dgn hutang ragu

     
  91. Ng jo-yi

    Mei 29, 2012 at 3:34 pm

    cikgu,boleh tak tolong saya semak apa masalah dalam lejar ,imbangan duga p.pendapatan &kkk

     
  92. Ng jo-yi

    Mei 30, 2012 at 8:01 am

    cikgu saya nak tanya lejar pelarasan nak buka beberapa akaun

     
  93. Ng jo-yi

    Jun 2, 2012 at 10:37 am

    pelupusan kenderaan nak masuk ke Imbangan duga tak

     
  94. acbookoo

    Jun 2, 2012 at 3:11 pm

    cikgu saya tidak fhm ttg andaian2 dlm belanjawan tu…boleh cigu beri contoh/…tq

     
  95. husna

    Jun 3, 2012 at 7:22 am

    assalamualaikum, cg adakah modal awal ialah RM218698?

     
  96. Ng jo-yi

    Jun 8, 2012 at 3:34 pm

    saya nak tanya arh itu belian macam mana nak kira dalam belanjawan tunai

     
  97. Jamie

    Jun 11, 2012 at 3:11 pm

    thank you teacher for those steps..it’s really helpful.

     
  98. muhamad redha iqbal

    Jun 12, 2012 at 2:23 pm

    alhamdulillah saya dah siap dah pon!!!
    saya rase maklumat ni agak membantu…
    thanks….

     
  99. Ng jo-yi

    Jun 16, 2012 at 2:43 pm

    saya nak tanya itu belanjawan tunai punya itu baki awal macam mana cari

     
  100. shafiqbla

    Julai 2, 2012 at 10:03 pm

    imbangan duga saya tak seimbang . kt lebih RM 80 . macam mana nak betulkan ye ?

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 64 other followers

%d bloggers like this: