Kerja Kursus P.A Tingkatan 5 – 2012 (April-Mei) UPDATE 28 MEI 2012

PERHATIAN: Sebelum mengemukakan soalan, sila luangkan masa membaca dulu panduan muat turun PDF yang disediakan.

Bahan-bahan Kerja Kursus Tingkatan 5, 2012 yang boleh dimuat turun:

____________________________________________________________________________________________

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Langkah (sehingga pelarasan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Terperinci Pelarasan

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Pelarasan (Contoh Kesilapan) Contoh kesilapan pelajar dengan mengambil contoh item Belanja Terakru.

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Pindah Catat Pelarasan ke Lejar

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Panduan Penyediaan Akaun Kawalan (NOTA: Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang, TIDAK termasuk Auto Motors Sdn Bhd kerana ianya BUKAN pemiutang dagangan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Penyediaan Belanjawan tunai

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Cadangan meningkatkan prestasi perniagaan

__________________________________________________________________________________________

Muat Turun Word: Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan

Muat Turun Word: Format Lejar & I.Duga (sblm pelarasan) – Word 2003 (Format Lejar dan Imbangan Duga untuk jawapan bahagian C dan D)

Muat Turun Word: Senarai Semak Kod Lejar (untuk kod LA, LB dan LJ kesemua lejar)

Muat Turun Word: Format Jurnal Am Kosong Untuk Pelarasan

Muat Turun Word: Format Lejar Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in sahaja butiran lejar pelarasan)

Muat Turun Word: Format Buku Tunai Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in butiran Buku Tunai pelarasan)

Muat Turun Excel: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Format Penyata Kewangan (Format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira)

Muat Turun Excel: Tafsiran dan Analisis Nisbah (updated) (format Excel utk pelajar key-in nilai ke dalam rumus yang telah disediakan. Masukkan nilai-nilai dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ke dalam ruang berwarna merah dan biru di dalam dokumen Excel tersebut. Pengiraan akan dijana sendiri)

Sesiapa yg ada masalah dengan file di atas, muat turun file yang sama format Excel 97-2003 di sini: Tafsiran dan Analisis Nisbah (Excel 97-2003) updated

Muat Turun Excel: Format Belanjawan Tunai (pelajar perlu masukkan butiran dan amaun sahaja)

___________________________________________________________________________________________

Nota Tambahan:

1. Jawapan Imbangan Duga (sebelum pelarasan) ialah RM 387 815.

Panduan untuk pelarasan:

Maklumat Tambahan:

1. Stok akhir hendaklah diambil nilai yang terendah.

2. Perhatikan terdapat dua buah kenderaan, sebuah adalah kenderaan yang telah dibawa masuk pada 1 April 2008 (RM30000) sebagai modal dan sebuah lagi kenderaan yang baru dibeli pada 1 April 2012 (RM45000). Kedua-dua buah kenderaan disusutnilaikan mengikut kaedah ansuran tetap (garis lurus). Kadar susut nilai (SN) tidak dinyatakan, jadi pelajar perlu mencari kadar yang telah digunakan daripada maklumat kenderaan lama.

Kos kenderaan lama RM30000 dan susut nilai terkumpul RM24000. Kenderaan telah digunakan selama 4 tahun. Jadi, berapakah kadar SN kenderaan?

Bagi perabot pula, telah dinyatakan kadar SN dan kaedahnya (baki berkurangan). Jadi jawapan pelarasan SN perabot semua pelajar sepatutnya adalah sama.

3. Kenderaan lama (RM30000) telah dijual pada 30 April 2012. Jadi pelajar perlu mengira untung atau rugi pelupusan aset. Sila rujuk semula catatan jurnal yang perlu untuk merekod proses pelupusan aset. Langkah-langkah pelupusan:

a) Akaun lejar kenderaan asal perlu ditutup. (dt. pelupusan kenderaan, kt. Kenderaan)

b) Kira susut nilai terkumpul kenderaan yang dijual sehingga ke tarikh jualan. Akaun SNT yg berkenaan perlu ditutup. (dt. SNT kenderaan, kt. Pelupusan kenderaan).

c) rekod terimaan tunai daripada jualan kenderaan. (dt. bank/tunai, kt. Pelupusan kenderaan)

d) kira untung atau rugi pelupusan kenderaan. Tips: Untung pelupusan RM9500

4. Seorang penghutang diisytiharkan muflis. Kenalpasti penghutang manakah yang perlu dihapuskira. (tips: penghutang yang dihapuskira telah tiada sebarang urusniaga dalam bulan April 2012). (dt. Hutang lapuk, kt. Penghutang <nama>)

5. Peruntukan hutang ragu boleh pilih kadar yang bersesuaian. Kira terlebih dahulu nilai penghutang bersih (baki semua penghutang – penghutang dihapus kira). Sebagai contoh, jika pilih 1% PHR, akan berlaku penurunan PHR. Jika memilih 2% keatas PHR, akan berlaku penambahan PHR.

6, 7. Dua item belanja terakru dan satu item belanja terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian kredit Buku Tunai. Item yang bersesuaian untuk pelarasan belanja terakru terdahulu mungkin terdiri daripada pengiklanan, belanja am, insurans dan kadar bayaran.

8. Satu item hasil terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian debit Buku Tunai untuk mengenalpasti item hasil yang sesuai. Item yang sesuai ialah komisen diterima terdahulu.

Post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kemaskini terkini 17.5.2012

168 thoughts on “Kerja Kursus P.A Tingkatan 5 – 2012 (April-Mei) UPDATE 28 MEI 2012

  1. adakah nombor 3, buka 4 akaun? iaitu, kenderaan, susut nilat terkumpul kenderaan, pelupusan kenderaan, dan untung atau rugi bagi tahun berakhir 30 april 2012?

    • utk sambung catatan pelarasan, akaun kenderaan dan SNT kenderaan, kita buka semula, dan catat baki b/b akhir 30 April sahaja. kemudian sambung pindah catat jurnal pelarasan. Akaun Pulupusan, mmg kena buka baru sbb belum ada lg. Lagi satu akaun ialah Akaun Untung Atas Pelupusan Kenderaan.

      • Cikgu.. kenapa tarikh i. Duga bukan 1 Mei 2012?? Baki h/b is sebelah kredit Dan tarikh Baki h/b ialah 30 April 2012.. Sorry cikgu krn sy sngt blur..

      • mmg bila kita imbang lejar, kita akan tulis 30 April tu baki h/b, dan pindah ke Baki b/b pada 1 Mei. tapi I.duga kita sediakan pada 30 April. Bila kita buat lejar pelarasan pun, walaupun lejar tadi kita dah letak 1 Mei baki b/b, kita tulis semula 30 April pada catatan pelarasan, sbb pelarasan dibuat pada 30 April.

  2. untuk 3(e) and 3(f) … buka lejar dan imbangan yang baru atau terus masuk lejar dan imbangan duga yang telah buka ?

  3. Salam Sejahtera cikgu… saya tidak faham tentang soalan yang cakap… ada folio tingkatan 5 yang tahun lepas untuk rujukan….
    Sekian terima kasih

  4. trima ksih , sgt brguna .. saya ada bbrpa masalah iaitu smua butir sudah saya poskan ke lejar dan seterusnya ke imbangan duga . tp masalahnya imbangan duga tak imbang walaupun sudah saya periksa hampir 4 kali

    p/s: imbangan duga sebelah kt betul dengan jwpn yg ckgu bagi di atas tapi sebelah dt salah . bezanya hampir 44 ribu lebih ?

  5. salam..cikgu,saya dh siap buat smpai penyata pndapatn n kunci kira2..n lgkah strusnye kena kira nisbah..mcm mane nk kira erk?

  6. saya baru je nak start buat folio ..dalam soalan ada mnyatakan bahawa saya dikehendaki membuat catatan dalam lejar ..apa maksud dia ye saya x paham la? catatan yang kena buat berdasarkan lampiran yang telah bagi ke? catatan ni untuk tahun 2012 ke atau 2011?

  7. hutang ragu harus dicatat di sebelah mana? adakah di penyata pendapatan ataupun di kunci kira-kira? jika di penyata pendapatan, di sebelah mana? jika di sebelah kunci kira-kira, di sebelah mana?

    • Hutang ragu bergantung kepada peratus yg kita pilih. jika hutang ragu meningkat, maka jadi belanja dalam PP. jika hutang ragu berkurang, jadi hasil dalam PP. dalam KKK, PHR (baru) kena tolak daripada penghutang

  8. tetapi kat buku tunai tuh dia tulis tahun 2011? ke kertas yang saya dapat ni yang tersalah taip? sorry saya betul2 tak paham…

  9. saya ada 1 soalan , kalau tengok dekat buku tunai (lampiran) butir sewa diterima sebelah debit . kenapa tarikh dia 31 April ? April bukan ada 30 je ke ? so bila buat lejar and etc . tarikh dia nak buat yg mana ? 31 ke 30 ?

  10. salam cikgu..thnks utk nisbah tue..sye dh siap buat..n then,kena buat belanjawan tunai..tajuk belanjawan tue nk ambik cm ne erk? belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir ______? n pastue smua item kena reka sndri ke?

  11. terima kasih cikgu…….. sye dah bnyk kali bt imbangan duga sebelum pelarasan kenapa sye x imbang peningnyerrr……. mohon bantuan cikgu

    • cuba tgk jumlah debit dan kredit, berapa perbezaan. kemudian, cuba tgk balik urusniaga dlm jurnal dan buku tunai, ada tak amaun yg sama dgn jumlah perbezaan i.duga td. mgkin ada pindah catat yg tertinggal.

  12. cikgu …
    “Usaha Jaya Trading” ni , pemiutang atau penghutang ? saya tak tau mcm mna nak msukkan kan dia dkt I.Duga . Terima Kasih 🙂

    • AB=LEH (persamaan perakaunan). Aset dan Belanja sebelah debit. Liabiliti, Ekuiti dan hasil sebelah kredit. Cuba tgk, baki Usaha Jaya ni sebelah debit atau kredit?

    • lejar yang TERLIBAT dgn pelarasan, yana kena ambil baki akhir yang baru (pindah catat pelarasan dan imbangkan semula). lejar yang TIDAK terlibat dgn pelarasan, ambil balik baki akhir sedia ada dalam jawapan lejar (c). jadi imbangan duga terselaras, ada item ambil dari lejar asal, dan ada item ambil baki dari lejar pelarasan.

  13. Salam Sejahtera…
    cikgu… saya mau tanya tentang profil perniagaan…
    modal letak rm90000 kah?
    dan itu status perniagaan letak memulakan perniagaan?
    tetapi tempoh perakaunan dan rekod mamcam tak sesuai pakai status perniagaan yang memulakan perniagaan…
    harap tunjuk ajar…

    • kena rujuk semua lejar penghutang dan lejar pemiutang. akaun kawalan ni mcm rumusan lejar penghutang dan lejar pemiutang. contoh, baki awal (baki h/b) dalam akaun kawalan, kita jumlahkan dari lejar individu dan catat sekali sahaja dalam akaun kawalan. begitu juga item yg lain. mana item yg sama, jumlahkan dari semua lejar individu dan tulis sekali sahaja dlm akaun kawalan.

  14. assalamuailaikum… cikgu sy nk tnye mcm mne nk buat catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar…kite kene ambik jumlah yg mane??

  15. Cikgu, penyediaan Kunci Kira-kira untuk Aset Bukan Semasa kan ada susut nilai terkumpul spt SNT kenderaan dan perabot. Betulkah cara saya merekod butir-butir untuk ASB ini?

    Aset Bukan Semasa
    Kenderaan
    Tolak : Susut nilai terkumpul kenderaan
    Perabot
    Tolak : Susut nilai terkumpul perabot

  16. assalamualaikum……cikgu mcm ner nak thu kadar susut nilai kenderaan lama????
    saya tahu…..cikgu bleh tlong terangkan?trima kasih

  17. salam ckgu… saya dah sampai penyata pendapatan tapi p.p saya tak imbang saya tak tau mana yang silap… harap ckgu boleh tolong….

  18. cikgu, akaun kawalan macam mana buat? baki b/b cari dari mana? deposit kadar bayaran adakah aset semasa? samakah dengan kadar bayaran?

  19. RIBUAN TERIMA KASIH KPD CIKGU YANG SUDI MENOLONG KAMI SEMUA DENGAN MENYEDIAKAN BAHAN BAHAN FOLIO PRINSIP AKAUN
    !!!!!!!!!!!!!!!!!!

  20. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK CIKGU !! Akhirnya saya sudah siap sehingga bahagian ( j ) .. sekarang cuma tinggal sikit sahaja lagi..

  21. terima kasih atas bantuan cikgu hari itu.. imbngan duga dah imbang cuma sye x paham mcm mana nk bt pelarasan.. sye dah guna pelarasan yg cikgu bge cuma sye kurang faham???

  22. pemiuntang auto motor letak liabiliti semasa(pemiuntang) / liabiliti bukan semasa?

    peruntukan hutang ragu diselaras ke baki penghutang bersih maksud debit ke dlm akaun penghutang ?

    untung pelupusan kenderaan(name butir betul ?) letak ke hasil penyata pendapatan ?

    • 1.Auto motor letak di liab bukan semasa, sebab hutang tu lebih setahun.
      2.phr kena tolak dari penghutang dlm kunci kira2
      3.betul nama tu, ye hasil dlm PP

  23. cikgu…sy mmpunyai masalh berikut…..
    1. imbangan duga terselaras x seimbang….
    2.kunci kira-kira x seimbg….
    3.belanjawan tunai sy x phm nk wat cm ne?
    p/s sy menghrpkn bntuan dr cikgu utk membantu sy…

    • semak semula semua lejar yang disediakan. pastikan pengiraan baki akhir betul dan berada di sebelah yg betul. Kemudian kira semua item dlm imbangan duga terselaras (debit 28 item dan kredit 17 item kalau cikgu tak silap). Bila Imbangan duga terselaras dah seimbang, baru kunci kira2 akan seimbang.

  24. cikgu , saya ade masalah nie..imbgn duge terselaras saye sudh imbg dah cantek dah..tpi kunci-kire2 saye x imbg , kurg rm150 di belah debit..mcm mane nie ? 😦

  25. terima kasih cg!! format belanjawan bnyk membantu sy….minggu ni minggu terakhir untk hntr projek…waktu kecemasan…satu je lg xsiap ni…cadangan untk meningkatkn prestasi ^___^

  26. Selamat sejahtera..Cikgu saya nak tanya tentang modal yang dalam imbangan duga terselaras…
    modal itu perlu tolak dengan RM30000 (pelupusan kenderaan)?….

  27. cikgu saya nak tanya akaun stok dan akaun perdagangan nak buka jurnal am
    de akaun stok RM52800
    kt akaun perdagangan RM 52680
    betul ke salah???

  28. cikgu saya nak tanya
    1. dalam profil perniagaan ,status perniagaan ialah memulakan perniagaan ?
    2.pengenalan perniagaan tarikh ialah 1 April 2008 ?
    3.itu belanjawan tunai cikgu saya cakap tukar %setahun,ke sebulan .Kalau tukar macam mana
    kira?

    boleh mindah tolong cikgu

    • 1.status: meneruskan perniagaan
      2. ye
      3. kira mcm biasa ja. letak angka oktober. so utk nov, berdasarkan angka oktober. yg disember, berdasarkan angka november

Tinggalkan Jawapan kepada Mhd Azlan Batal balasan