Kerja Kursus P.A Tingkatan 5 – 2012 (April-Mei) UPDATE 28 MEI 2012

PERHATIAN: Sebelum mengemukakan soalan, sila luangkan masa membaca dulu panduan muat turun PDF yang disediakan.

Bahan-bahan Kerja Kursus Tingkatan 5, 2012 yang boleh dimuat turun:

____________________________________________________________________________________________

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Langkah (sehingga pelarasan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Terperinci Pelarasan

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Huraian Pelarasan (Contoh Kesilapan) Contoh kesilapan pelajar dengan mengambil contoh item Belanja Terakru.

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Pindah Catat Pelarasan ke Lejar

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Panduan Penyediaan Akaun Kawalan (NOTA: Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang, TIDAK termasuk Auto Motors Sdn Bhd kerana ianya BUKAN pemiutang dagangan)

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Penyediaan Belanjawan tunai

Muat Turun PDF: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Cadangan meningkatkan prestasi perniagaan

__________________________________________________________________________________________

Muat Turun Word: Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan

Muat Turun Word: Format Lejar & I.Duga (sblm pelarasan) – Word 2003 (Format Lejar dan Imbangan Duga untuk jawapan bahagian C dan D)

Muat Turun Word: Senarai Semak Kod Lejar (untuk kod LA, LB dan LJ kesemua lejar)

Muat Turun Word: Format Jurnal Am Kosong Untuk Pelarasan

Muat Turun Word: Format Lejar Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in sahaja butiran lejar pelarasan)

Muat Turun Word: Format Buku Tunai Kosong Untuk Pelarasan (untuk pelajar key-in butiran Buku Tunai pelarasan)

Muat Turun Excel: Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 – Format Penyata Kewangan (Format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira)

Muat Turun Excel: Tafsiran dan Analisis Nisbah (updated) (format Excel utk pelajar key-in nilai ke dalam rumus yang telah disediakan. Masukkan nilai-nilai dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ke dalam ruang berwarna merah dan biru di dalam dokumen Excel tersebut. Pengiraan akan dijana sendiri)

Sesiapa yg ada masalah dengan file di atas, muat turun file yang sama format Excel 97-2003 di sini: Tafsiran dan Analisis Nisbah (Excel 97-2003) updated

Muat Turun Excel: Format Belanjawan Tunai (pelajar perlu masukkan butiran dan amaun sahaja)

___________________________________________________________________________________________

Nota Tambahan:

1. Jawapan Imbangan Duga (sebelum pelarasan) ialah RM 387 815.

Panduan untuk pelarasan:

Maklumat Tambahan:

1. Stok akhir hendaklah diambil nilai yang terendah.

2. Perhatikan terdapat dua buah kenderaan, sebuah adalah kenderaan yang telah dibawa masuk pada 1 April 2008 (RM30000) sebagai modal dan sebuah lagi kenderaan yang baru dibeli pada 1 April 2012 (RM45000). Kedua-dua buah kenderaan disusutnilaikan mengikut kaedah ansuran tetap (garis lurus). Kadar susut nilai (SN) tidak dinyatakan, jadi pelajar perlu mencari kadar yang telah digunakan daripada maklumat kenderaan lama.

Kos kenderaan lama RM30000 dan susut nilai terkumpul RM24000. Kenderaan telah digunakan selama 4 tahun. Jadi, berapakah kadar SN kenderaan?

Bagi perabot pula, telah dinyatakan kadar SN dan kaedahnya (baki berkurangan). Jadi jawapan pelarasan SN perabot semua pelajar sepatutnya adalah sama.

3. Kenderaan lama (RM30000) telah dijual pada 30 April 2012. Jadi pelajar perlu mengira untung atau rugi pelupusan aset. Sila rujuk semula catatan jurnal yang perlu untuk merekod proses pelupusan aset. Langkah-langkah pelupusan:

a) Akaun lejar kenderaan asal perlu ditutup. (dt. pelupusan kenderaan, kt. Kenderaan)

b) Kira susut nilai terkumpul kenderaan yang dijual sehingga ke tarikh jualan. Akaun SNT yg berkenaan perlu ditutup. (dt. SNT kenderaan, kt. Pelupusan kenderaan).

c) rekod terimaan tunai daripada jualan kenderaan. (dt. bank/tunai, kt. Pelupusan kenderaan)

d) kira untung atau rugi pelupusan kenderaan. Tips: Untung pelupusan RM9500

4. Seorang penghutang diisytiharkan muflis. Kenalpasti penghutang manakah yang perlu dihapuskira. (tips: penghutang yang dihapuskira telah tiada sebarang urusniaga dalam bulan April 2012). (dt. Hutang lapuk, kt. Penghutang <nama>)

5. Peruntukan hutang ragu boleh pilih kadar yang bersesuaian. Kira terlebih dahulu nilai penghutang bersih (baki semua penghutang – penghutang dihapus kira). Sebagai contoh, jika pilih 1% PHR, akan berlaku penurunan PHR. Jika memilih 2% keatas PHR, akan berlaku penambahan PHR.

6, 7. Dua item belanja terakru dan satu item belanja terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian kredit Buku Tunai. Item yang bersesuaian untuk pelarasan belanja terakru terdahulu mungkin terdiri daripada pengiklanan, belanja am, insurans dan kadar bayaran.

8. Satu item hasil terdahulu. Boleh rujuk kepada bahagian debit Buku Tunai untuk mengenalpasti item hasil yang sesuai. Item yang sesuai ialah komisen diterima terdahulu.

Post ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kemaskini terkini 17.5.2012

Advertisements