Tips Peperiksaan: Kertas 1 Prinsip Perakaunan.

Berdasarkan soalan tahun-tahun lepas, saya dapat merumuskan beberapa skill/kemahiran yang perlu ada ketika menjawab soalan kertas satu. InsyaAllah dengan adanya skil ini, pelajar sekurang-kurangnya boleh mendapat betul 20 soalan kertas 1.

Pelajar mesti:

  • Faham / tahu / ingat prinsip-prinsip dan konsep asas perakaunan. (rujuk soalan 2, SPM 2008)

 

  •  Ingat ciri-ciri jenis perniagaan (milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad) (rujuk soalan 1, SPM 2009)

 

  • Mahir dalam mengkelas item aset, belanja, liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil dengan contoh yang diberikan (cth: Aset – Kenderaan, liabiliti – belanja terakru). (rujuk soalan 2, SPM 2006)

 

  • Mengetahui sifat / ciri-ciri aset, belanja, liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil (cth: Aset semasa – digunakan untuk tempoh setahun atau kurang) (rujuk soalan 4, SPM 2005)

 

  • Tahu mengira untung/rugi kasar atau untung/rugi bersih daripada rumus asas penyata pendapatan (rujuk soalan 5, SPM 2007)

               (cth: Jualan – Kos jualan = Untung/rugi kasar; Hasil – Belanja = Untung/rugi bersih)

  • Tahu fungsi asas dokumen (tujuan dikeluarkan) seperti untuk Jualan, Pulangan, membetulkan invois dll. (rujuk soalan 7, SPM 2007 dan soalan 8, SPM 2008)

 

  • Mahir kesan urusniaga ke atas persamaan perniagaan. (rujuk soalan 5, SPM 2009)

 

  • Mahir merekod urusniaga mengikut system catatan bergu (sama ada daripada dokumen sumber atau pernyataan urusniaga). (rujuk soalan 11, SPM 2007, soalan 14, SPM 2008 dan soalan 8, SPM 2009)

 

  • Tahu kedudukan butiran di dalam Imbangan Duga (sama ada debit atau kredit) mengikut persamaan perakaunan (A+B=L+E+H). (rujuk soalan 14, SPM 2009)

 

  • Tahu mengira angka pengimbang (sama seperti mengira baki h/b lejar) di dalam Akaun Kawalan Penghutang atau Kawalan Pemiutang bagi mendapatkan amaun Jualan kredit atau Belian kredit. (rujuk soalan 16, SPM 2008)

 

  • Boleh mengira pelarasan bagi terakru dan terdahulu (rujuk soalan 18, SPM 2007).

 

  • Boleh mengenalpasti item yang muncul dalam Penyata Pendapatan dan juga item Kunci Kira-kira. (rujuk soalan 25, SPM 2006)

 

  • Boleh mengira pembahagian untung/rugi pekongsi di dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi mengikut nisbah pembahagian untung. (rujuk soalan 26, SPM 2007)

 

  • Boleh menyediakan Akaun Yuran untuk Kelab Persatuan. (rujuk soalan 31, SPM 2007)

 

  • Boleh mengira modal bagi rekod tak lengkap. (rumus: Modal = Aset – Liabiliti) (rujuk soalan 36, SPM 2008)

 

  • Boleh mengira pendapatan bagi rekod tak lengkap (perbandingan). (rujuk soalan 33, SPM 2009)

             (Rumus: Untung = Modal Akhir + Ambilan – Modal awal – Modal tambahan)

  • Boleh mentafsirkan nisbah terutamanya Nisbah Semasa dan Kadar Pusing Ganti Stok (rujuk soalan 39, SPM 2009)

Bahan-bahan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3

Di sini disertakan beberapa fail word yang mungkin boleh digunakan oleh para pelajar untuk melaksanakan tugasan kertas 3 subjek Perakaunan… Harap dapat di manfaatkan bersama…

1. Kad Stok – Borang kad stok kosong. UPDATE: Sewaktu kursus penataran di Ipoh, dimaklumkan utk memudahkan pelajar, dalam kad stok, utk harga seunit, bahagian masuk, keluar dan baki stok, rekod pada harga kos (belian).

2. Template Dokumen Sumber – Template dokumen kosong yang boleh digunakan pelajar utk copy & paste format asas dokumen. Gunakan kreativiti untuk mengubahsuai dokumen tersebut (ubah font, saiz, masukkan logo dsb)

3. Senarai Semak Keperluan Dokumen Berdasarkan Urus Niaga – borang senarai semakkosong

4. Contoh urusniaga tugasan Prinsip Perakaunan -komponen Kos jualan dan Jualan Bersih – (fail kemaskini 9.8.10) Contoh yang boleh dirujuk ketika membuat perancangan aliran urusniaga (perhatikan contoh maklumat yang perlu dititik beratkan). Hanya beberapa contoh disediakan. Untuk kad stok, rujuk nota di atas.

5. Borang Senarai Semak dan Penilaian Guru – Untuk GURU, Lampiran 6 seperti di Panduan Perlaksanaan & Penilaian Projek 2011. Untuk cetakan dan boleh digunakan untuk simpanan dalam Fail Kerja Kursus.

6. Format Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai – Muat turun format xls. http://www.mediafire.com/?vqz2hygsi04a8z8

7. Panduan Pindah Catat dari Jurnal/B.Tunai ke Lejar –

Muat turun: http://www.mediafire.com/?n52k14097p5x6bx dan http://www.mediafire.com/?03xmn4buowleu6z

Post telah dikemaskini pada 24.9.10