Bahan-bahan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3

Di sini disertakan beberapa fail word yang mungkin boleh digunakan oleh para pelajar untuk melaksanakan tugasan kertas 3 subjek Perakaunan… Harap dapat di manfaatkan bersama…

1. Kad Stok – Borang kad stok kosong. UPDATE: Sewaktu kursus penataran di Ipoh, dimaklumkan utk memudahkan pelajar, dalam kad stok, utk harga seunit, bahagian masuk, keluar dan baki stok, rekod pada harga kos (belian).

2. Template Dokumen Sumber – Template dokumen kosong yang boleh digunakan pelajar utk copy & paste format asas dokumen. Gunakan kreativiti untuk mengubahsuai dokumen tersebut (ubah font, saiz, masukkan logo dsb)

3. Senarai Semak Keperluan Dokumen Berdasarkan Urus Niaga – borang senarai semakkosong

4. Contoh urusniaga tugasan Prinsip Perakaunan -komponen Kos jualan dan Jualan Bersih – (fail kemaskini 9.8.10) Contoh yang boleh dirujuk ketika membuat perancangan aliran urusniaga (perhatikan contoh maklumat yang perlu dititik beratkan). Hanya beberapa contoh disediakan. Untuk kad stok, rujuk nota di atas.

5. Borang Senarai Semak dan Penilaian Guru – Untuk GURU, Lampiran 6 seperti di Panduan Perlaksanaan & Penilaian Projek 2011. Untuk cetakan dan boleh digunakan untuk simpanan dalam Fail Kerja Kursus.

6. Format Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai – Muat turun format xls. http://www.mediafire.com/?vqz2hygsi04a8z8

7. Panduan Pindah Catat dari Jurnal/B.Tunai ke Lejar –

Muat turun: http://www.mediafire.com/?n52k14097p5x6bx dan http://www.mediafire.com/?03xmn4buowleu6z

Post telah dikemaskini pada 24.9.10

113 thoughts on “Bahan-bahan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3

    • Bagi setiap jenis item stok, kena buka kad stok yang berasingan. Bagi setiap pembelian stok, kita rekodkan dalam kad stok (bahagian masuk) masing-masing. Catatkan tarikh, dokumen, kuantiti, harga seunit dan jumlah RM. jadi, apabila stok dijual, kita rekodkan pula di bahagian keluar kad stok item tersebut. selepas itu kita perlu kirakan baki stok (unit masuk tolak unit keluar). rujuk contoh yang cikgu sediakan.

      • salam…ble tnya x,,,ambilan brg niaga tu kn..kta ambil brg tuk kegunaan kta sndry ka….paz tu..kna byr ka?/

      • ambilan boleh jadi utk kegunaan sendiri, dan juga boleh utk kegunaan perniagaan (memo).
        Kalau ambilan utk kegunaan sendiri (contohnya barang niaga), kita akan debit ambilan dan kredit belian (tidaklah perlu bayar)

  1. terima kasih kerana berkongsi maklumat…boleh jadikan panduan…

    susahla jd first generation buat kertas 3 nie…pening…

    niway…thanks again…

  2. Saya hendak memberitahu yang saya telah memuat turun template dokumen dari blog cikgu untuk dikongsei bersama dengan pelajar saya. Saya juga ingin memuat naikkan bahan tersebut ke dalam blog saya sebagai panduan pelajar. Harap cikgu tidak keberatan. Sebagai tanda terima kasih, saya akan sediakan link ke blog cikgu untuk pelajar mendapat maklumat lanjut. Terima kasih.

  3. Assalamualaikum, saya nak tanye neyhh. 1st, dlm komponen bayar n terima x kan urus niaga yg berlgsug hanya melibatkan baucer pembayaran ( tunai ) dan keratan cek ( bank) jerhh? mcm kelakar je bile tengok balek.. resit rasmi x le pakai ke untuk bayar belanja i mean cam bil elektrik ke.. 2nd pinjaman neyhh nk masuk kat elemen mane..? saye maen taram jerh

      • Ouhh okey.. sye phm tang tuh.. ehmm jap tweet! sye tgok cikgu pye kad stok n cikgu narzuki nye kad stok… sye x phm sgt2 bhgian baki tuh mse harga SEUNIT… kan beza2 harga lg2 harga jual kiyte so ntuk kat baki tuh nk ltak harag yg mne situhh.. hrga plg trendah2 kiyte yea cikgu >_<

  4. salam,ckgu..kazen sy ad msalah lam f0li0 die neh..xwak lgsg ag..kcian gak kt die..sy p0m xde asas nk tl0m..ley x bg cth tuk sy ajar die wak??sbb kna antr bln neh kn??masalah sgt2 neh ckgu..n bley dptkn email ckgu narzuki x??

  5. salam..ckgu,sye nk tau sbnar nyer kerja kursus ni klau yg lengkap nyer cam ne???pe yg dye nk sbnar nyer dlm folio ni??folio ni cuma nak urus niaga je ke???

    • wslm. tugasan ni, pelajar kena buat satu kitaran perakaunan lengkap. Rancang penubuhan perniagaan (bhgn profil), rancang urusniaga beserta dokumen sumber yang terlibat, kemudian rekodkan urusniaga yg dirancang tadi ke Jurnal2 dan Buku tunai. dah siap dlm buku catatan pertama, pindah catat ke lejar. dah siap lejar, imbangkan akaun lejar dan sediakan imbangan duga. akhir sekali, sediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. byk yg pelajar kena buat. tapi taklah susah kalau pelajar ikut stepnya.

  6. saya nak tanya, kita buat penyata kewangan berdasarkan apa yg kta buat sblm nye kan? tp berdasarkan contoh yang cikgu kami bagi, terdapat peruntuksn hutang ragu dan sbgainya.. bahagian itu yang saya tak faham. boleh jelas kan?

    • ya, kita buat penyata pendapatan dan kunci kira-kira berdasarkan baki-baki akaun yg ada dalam Imbangan Duga (selepas siap lejar). Peruntukan hutang ragu dan pelarasan lain tak ada lagi sebab soalan tugasan hanya mahu kita buat rekod utk bulan pertama selepas memulakan perniagaan. jadi semua pelarasan kalau ikutkan, tak perlu lagi. Kalau ikut logik pun, takkan baru sebulan berniaga kita dah tahu berapa hutang yang akan menjadi hutang ragu…

  7. cikgu..macam mana nak cari stok akhir untuk penyata pendapatan?kawan saya beritahu bahawa cari stok akhir dari kad stok…tapi saya masih tak faham…boleh cikgu tolong beri tunjuk ajar…harap saya akan mendapat maklum balas cikgu secepat mungkin…terima kasih

  8. cikgu, mgikut step yg di rancang, catatan permulaan perlu ada dokumen sumber kan? dlm soalan , kita mmulakan perniagaan dgn mggunakan duit simpanan bank RM50 000, jadi kita guna dokumen apa? bukan ke sama dengan catatan kontra ke?

  9. Terima kasih cikgu krn saya dapat menggunakan dokumen contoh yang diberikan untuk pelajar saya,kalau ada information lain yang terbaru boleh saya kongsi bersama ye.

  10. thanz cikgu..atas maklumat yang diberikan n tunjuk ajar drpd cikgu…alhamdulillah..saya dah siap sepenuhnya kerja kursus pa tersebut..

    • sama seperti proses yang dipelajari di kelas. dari lejar, imbangkan sehinggan baki b/b. kemudian sediakan imbangan duga daripada baki-baki b/b lejar yang ada. dan teruskan dengan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

  11. asssalamualaikum cikgu, sy nk tnya ape lg yg prlu ade lam folio ni utk mlengkapkan 1 folio yg lengkap ..?
    sy dah siap smpai pnyata kewangan..

    • i Perakuan Calon
      ii Penghargaan
      iii Pengenalan perniagaan
      iv Profil perniagaan
      v Perancangan urusniaga
      vi Dokumen perniagaan
      vii Buku Catatan Pertama
      viii Lejar
      ix Imbangan Duga
      x Penilaian Stok Akhir
      xi Penyata Pendapatan
      xii Kunci Kira-kira
      xiii Rumusan

      • maaf ek saya pelajar tingkatan 4,mengambil perinsip akaun.Dah nk masuk 4 bulan saya ambil bahagian ni tapi sampai skrg saya x fhm apa yg diajar cikgu,peperiksaan akn bermulaq pada bulan 5 ni saya hrp cikgu dpt bantu saya lngkh apa yg prlu sya ambk.

      • kenapa tak maklum awal2 guru yg ngajar fadila? masih belum terlambat utk minta guru tolong terangkan sampai paham. saya jarak jauh ni, susah nk tlg ajarkan. kalau kat sek, ada lebih drp seorg guru akaun, cuba minta bantuan drp guru akaun yg lain. tajuk catatan bergu yg penting utk paham, sbb yg tu basic kpd semua yg lain.

    • jawapan akaun kawalan tak semestinya sama. kalau item kesilapan dalam bahagian pelarasan, kita ada buat konon penghutang atau pemiutang silap catat, itu juga akan menyebabkan jawapan kita berbeza dgn jawapan pelajar lain.

  12. salam.
    cg..sy x fhm yg kad stok tu la..ape kaitan kad stok ngan perancangan urus niaga?
    jumlah yg mne yg kne ambik utk ltak dlm prncgn urus niaga?
    mohon jawapan dr cg.

    • mula-mula kena reka dulu item stok awal berjumlah RM10000. isikan dalam kad stok ikut jenis stok. kemudia bila kita buat perancangan urusniaga, kalau beli stok, kena juga rekod dalam kad stok bilangan stok masuk. kalau jual barang, kena juga rekod dalam kad stok bilangan stok keluar. kita rekod semua ni ikut jenis stok dalam kad masing2.

  13. thanks cikgu byak sgt tlg… even sy x amik kerja kursus ni tp seronok ajar sepupu n kawan2 dia buat.. mulanya mmg ada masalah skit sbb sy belajar account in english.. so agak pening nk paham term use in malay.. so byak la kena tanya encik google.. then jmpa blog cikgu.. mmg complete.. sy ada donlod bahan2 cikgu utk bg kat budak2 tu… tq cikgu..

  14. cikgu boleh saya tanya sikit , saya tengah buat kerja kursus spm akaun f5 , saya ade sedikit kemusykilan tentang macam mana nak cari stok akhir . adakah kena guna penyata pendapatan sebab die ade peratus

    • Ambil maklumat stok awal + Belian – pulangan belian – diskaun diterima dan darabkan dgn kadar peratus. tak perlu tggu siap PP, ambil angka dari Im. Duga asal

Tinggalkan Jawapan kepada Mhd Azlan Batal balasan